1.0 PENGENALAN
Sektor
pelancongan merupakan salah satu sektor yang penting dalam pembangunan ekonomi
sesebuah negara. Industri pelancongan merupakan salah satu punca pendapatan
negara yang diperoleh melalui pengaliran masuk wang asing. Malaysia juga terkenal
dengan destinasi hub halal dan menjadi tumpuan pelancong asing terutamanya Asia
Barat, Timur Tengah dan Asia Tenggara. Industri pelancongan Malaysia merekodkan
purata kemasukan pelancong asing sebanyak 2 juta setahun. Ianya dilihat
semakin berkembang hasil penglibatan semua pihak sama ada secara lansung atau
pun tidak lansung. Hal ini menyebabkan industri
pelancongan di negara ini semakin berkembang dan pesat yang dimana telah
membantu meningkatkan lagi pertumbuhan ekonomi negara. Pelancongan mempunyai
pelbagai maksud mengikut perspektif dan pandangan pihak - pihak yang terlibat
sama ada secara langsung ataupun tidak langsung dengan industri pelancongan.
Ini termasuklah pelancong itu sendiri, organisasi penginapan dan pengangkutan,
organisasi pendidikan, pihak kerajaan dan sebagainya lagi. Perkataan tourism
datang daripada perkataan Latin iaitu tornare dan juga Greek iaitu tornos yang
membawa maksud pergerakan dalam suatu bulatan. Pada awalnya, Jafari (1977)
mendefinisikan pelancongan sebagai, “Suatu kajian manusia yang bertentangan
dengan habitat semula jadi mereka serta penglibatan industri yang bertindak
balas pada keperluan mereka, dan juga kesan ke atas diri mereka dan industri
itu daripada sudut sosiobudaya, ekonomi dan persekitaran.” Pengertian yang
meluas ini sukar difahami kerana ia tidak menjelaskan secara mendalam apa yang
dimaksudkan sebagai pelancongan dan apakah faktor-faktor yang terlibat dalam
membangunkan industri ini. Oleh itu, wujud definisi lain yang cuba memberi
penjelasan secara mendalam mengenai pelancongan. Sebagai contoh, Leiper (1981)
menjelaskan pelancongan sebagai, “Suatu sistem terbuka yang mempunyai hubungan
dengan persekitaran yang luas, elemen manusia iaitu pelancong, elemen kawasan
iaitu kawasan asal, kawasan persinggahan dan kawasan destinasi yang terpilih,
elemen ekonomi iaitu industri pelancongan dan elemen dinamik iaitu terdiri
daripada individu yang mengembara bagi tujuan berehat jauh dari tempat asal
mereka selama lebih kurang satu hari.” Walaupun definisi ini agak mendalam,
sekurang-kurangnya ia memberi pengertian yang jelas berkenaan pelancongan dan
elemen-elemen yang terlibat dalam industri pelancongan secara khususnya.
2.0 INDUSTRI PELANCONGAN
Apa Itu Pelancongan? Pelancongan mempunyai pelbagai
maksud mengikut perspektif dan pandangan pihak-pihak yang terlibat sama ada
secara langsung ataupun tidak langsung dengan industri pelancongan. Perkataan
tourism datang daripada perkataan Latin iaitu tornare dan juga Greek iaitu
tornos yang membawa maksud pergerakan dalam suatu bulatan. Pada awalnya, Jafari
(1977) mendefinisikan pelancongan sebagai, “Suatu kajian manusia yang
bertentangan dengan habitat semula jadi mereka serta penglibatan industri yang
bertindak balas pada keperluan mereka, dan juga kesan ke atas diri mereka dan
industri itu daripada sudut sosiobudaya, ekonomi dan persekitaran.” Pengertian
yang meluas ini sukar difahami kerana ia tidak menjelaskan secara mendalam apa
yang dimaksudkan sebagai pelancongan dan apakah faktor-faktor yang terlibat
dalam membangunkan industri ini.
Oleh itu, wujud definisi lain yang cuba memberi penjelasan secara mendalam
mengenai pelancongan. Sebagai contoh, Leiper (1981) menjelaskan pelancongan
sebagai, “Suatu sistem terbuka yang mempunyai hubungan dengan persekitaran yangluas, elemen manusia iaitu pelancong, elemen kawasan iaitu kawasan asal, kawasan persinggahan dan kawasan destinasi yang terpilih, elemen ekonomi iaitu industri pelancongan dan elemen dinamik iaitu terdiri daripada individu yang mengembara bagi tujuan berehat jauh dari tempat asal mereka selama lebih kurang satu hari.” Walaupun definisi ini agak mendalam, sekurang-kurangnya ia memberi pengertian yang jelas berkenaan pelancongan dan elemen-elemen yang terlibat dalam industri pelancongan secara khususnya.
Oleh itu, wujud definisi lain yang cuba memberi penjelasan secara mendalam
mengenai pelancongan. Sebagai contoh, Leiper (1981) menjelaskan pelancongan
sebagai, “Suatu sistem terbuka yang mempunyai hubungan dengan persekitaran yangluas, elemen manusia iaitu pelancong, elemen kawasan iaitu kawasan asal, kawasan persinggahan dan kawasan destinasi yang terpilih, elemen ekonomi iaitu industri pelancongan dan elemen dinamik iaitu terdiri daripada individu yang mengembara bagi tujuan berehat jauh dari tempat asal mereka selama lebih kurang satu hari.” Walaupun definisi ini agak mendalam, sekurang-kurangnya ia memberi pengertian yang jelas berkenaan pelancongan dan elemen-elemen yang terlibat dalam industri pelancongan secara khususnya.
3.0 TAHAP PEMBANGUNAN INDUSTRI
PERLANCONGAN
Teras
keseluruhan dasar dalam sektor pelancongan ialah untuk mencapai pertumbuhan
pelancongan yang mampan bagi merealisasikan potensi pekerjaan yang banyak dan
meningkatkan pendapatan di tahap negara, negeri dan kawasan tempatan. Menurut
Rina Ilyana (2007), penglibatan penduduk tempatan dalam aktiviti pelancongan
dapat memberikan pelbagai impak positif kepada mereka. Buhalis (2003) pula
menegaskan bahawa penglibatan pendapatan penduduk tempatan dalam aktiviti
pelancongan dapat membantu mereka meningkatkan lagi taraf ekonomi, sosial dan
budaya. Satu pendekatan holistik dan bersepadu yang memberi pengaruh keatas
inovasi tarikan pelancong, layanan baik, sopan-santun dan kesedaran sivik orang
awam dan juga sokongan dari Kerajaan adalah amat perlu untuk menaikkan industri
pelancongan ke tahap pencapaian yang lebih tinggi. Program
utama yang dilaksanakan termasuk pengekalan dan pemuliharaan tempat bersejarah,
peruntukan dan menaiktaraf infrastruktur berkaitan pelancongan dan juga
peningkatan kualiti produk pelancongan dan perkhidmatan. Pembangunan produk di kawasan ceruk rantau akan terus
diberi penekanan berdasarkan keperluan pasaran sasaran dan kekuatan relatif dan
perbandingan faedah di pelbagai negeri.Pembangunan pelancongan domestik akan
kekal sebagai satu keutamaan penting dan akan di promosikan secara aktif.
4.0 KEPENTINGAN
DAN SUMBANGAN INDUSTRI PERLANCONGAN TERHADAP PEMBANGUNAN NEGARA
Sektor
pelancongan telah memainkan peranan yang penting dalam perkembangan ekonomi dan
menjana pendapatan negara. Ia merupakan salah satu daripada peneraju ekonomi
negara dan merupakan punca pertukaran wang asing Negara. Pelancong yang datang
dari negara luar harus menukar mata wang negara mereka kepada mata wang Ringgit
Malaysia sebelum boleh berbelanja di sini. Ini dapat dilakukan sama ada di bank
tempatan atau di pusat pertukaran mata wang asing. Mata wang asing ini kemudian
disimpan untuk digunakan ketika membiayai perbelanjaan mengimport barang dari
luar negara. Peniaga mata wang asing juga mendapat keuntungan daripada
pernigaan yang dijalankan. Pengaliran masuk mata wang asing ke negara kita
bukan sahaja menguntungkan entiti perniagaan bahkan dapat digunakan untuk
membeli barangan keperluan asas untuk rakyat tempatan dari luar negara.
Selain itu,
sektor pelancongan juga dapat memajukan bidang perniagaan di Malaysia. Ini
adalah kerana pelancong asing yang datang ke Malaysia memerlukan tempat
penginapan, makanan dan minuman, perkhidmatan pengangkutan, juru pandu
pelancong dan perkhidmatan yang lain-lain. Pelancong asing juga amat menggemari
makanan sama ada makanan tradisonal mahu pun makanan barat di Malaysia. Mereka
diberi pilihan yang amat banyak sama ada menikmati makanan di hotel bertaraf
lima bintang, medan selera yang besar dan berhawa dingin mahupun di kedai dan
warung yang terletak di tepi jalan. Mereka juga boleh menikmati hidangan
makanan laut di restoran yang didirikan secara terapung di atas air. Sambil
menikmati makanan, mereka dapat menghirup panorama yang amat cantik dan
menghirup udara segar di tepi laut. Permintaan yang tinggi terhadap makanan ini
mewujudkan peluang perniagaan yang luas kepada usahawan tempatan. Pusat-pusat
penginapan juga giat dibina bagai cendawan tumbuh selepas hujan di kawasan
peranginan seperti di pulau dan tepi pantai. Pelancong asing diberi pilihan
untuk menginap di hotel bertaraf lima bintang, resort atau menginap secara
pakej seperti ”Eco-Tuorism” yang membolehkan pelancong asing menginap di rumah
kampung dan mempelajari cara hidup masyarakat termasuk cara berpakaian, makanan
tradisional dan sebagainya.
Industri
pelancongan juga turut memberi sumbangan kepada sistem pengangkutan awam di
Malaysia. Ini kerana pelancong juga memerlukan perkhidmatan pengangkutan untuk
bergerak dari satu lokasi pelancongan ke lokasi yang lain. Ini membolehkan
pengusaha bidang pengangkutan seperti bas, teksi, van, bot, feri dan lain-lain
mendapat peluang untuk menjalankan perniagaan.
Penganjuran
sukan bertaraf antarabangsa juga dapat meningkatkan sektor pelancongan di
Negara ini. Dengan penganjuran sukan ini ianya secara tidak lansung dapat
memperkenalkan negara Malaysia ke Negara – Negara luar. Misalnya, melalui
kejohanan perlumbaan kereta Formula 1 di litar Sepang dan Sukan Komanwel 1998,
kita dapat mempopularkan negara kita dalam kalangan peminat sukan dunia. Selain
itu, kita dapat membuktikan bahawa kita mampu menjadi tuan rumah bagi sukan
berprestij dunia yang lengkap dengan pelbagai kemudahan prasarana. Slogan
‘’Malaysia Boleh’’ telah membuktikan keupayaan negara kita dalam penganjuran
sukan yang bertaraf antarabangsa tersebut. Melalui penganjuran Kejohanan F1,
Malaysia dapat dipromosi ke seluruh dunia dengan kos yang rendah melalui siaran
langsung kejohanan tersebut ke seluruh dunia. Ini telah membuktikan bahawa
tarikan penganjuran sukan bertaraf dunia bukan sahaja menggalakkan kedatangan
pelancong ke negara kita bahkan dapat mempromosi Malaysia kepada dunia luar
secara meluas dengan kos yang minima.
5.0 HALANGAN
DAN CABARAN INDUSTRI PELANCONGAN
Terdapat pelbagai
isu dan cabaran dalam membangunkan industri pelancongan di negara ini. Strategi
harus dirancang bagi mengenalpasti halangan serta cabaran yang terdapat dalam
membangunkan pelancongan ini. Antara yang menjadi cabaran dalam membangunkan
industri pelancongan ini ialah isu keaslian warisan budaya. Perkembangan
industri pelancongan ini adakala membawa kesan buruk kepada kedudukan warisan
tradisi. Pihak pengusaha selalu menimbangkan kepentingan ekonomi tanpa meneliti
kesan jangka panjangnya. Pengusaha selalu mengubah dan menyesuaikan sesuatu
unsur tradisi itu mengikut kemahuan mereka sehingga tidak ada lagi keasliannya
dalam unsur itu. Sebagai contoh, dapat diperhatikan tarian-tarian Melayu asli
telah banyak disesuaikan dengan kehendak moden, dilakukan perubahan secara
sewenang-wenang sehingga tidak wujud sifat aslinya. Keadaan ini boleh
melenyapkan keaslian sesuatu unsur itu dan diganti dengan sesuatu yang baru.
Generasi akan datang menghadapi masalah untuk mengesan dan memahami unsur-unsur
budaya asli yang boleh menyatakan identiti masyarakat dan budaya Melayu.
Isu bahasa juga
menjadi sesuatu yang perlu dititikberatkan. Ini kerana lazimnya Kelantan dan
Terengganu mempunyai dialek yang berbeza berbanding bahasa standard Melayu,
Justeru itu, masalah bahasa mengundang kerumitan kepada pelancong, tidak kira
pelancong domestik atau pelancong asing. Penggunaan dialek yang berbeza
menyukarkan pertukaran maklumat antara penduduk setempat dengan pelancong.
Didapati masalah ini ketara dalam kalangan pemandu pelancong yang dikatakan
kurang fasih dalam Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Batasan bahasa sebenarnya
membesarkan jurang mendapatkan maklumat destinasi.
Isu seterusnya
ialah isu kemudahan jaringan dan pengangkutan. Para pelancong sebenarnya lebih
gemar menggunakan kemudahan awam untuk membawa bergerak ke destinasi yang
diingini. Namun begitu penyediaan kemudahan pengangkutan di negara ini masih
berada di tahap yang sederhana. Keefisyenan sistem pengangkutan sering kali
menjadi isu dalam pembangunan pelancongan. Sesuatu kawasan pelancongan yang
maju itu memerlukan jaringan pengangkutan yang baik dan mudah dikunjungi. Kerap
berlaku pelancong terkandas atau terlewat sampai ke destinasi akibat masalah
pengangkutan, misalnya untuk ke Taman Negara dan lain-lain destinasi di
pedalaman. Pengangkutan teksi juga dikatakan mengenakan bayaran yang agak
mahal. Ini akan menyebabkan tanggapan negatif pelancong terutamanya dari luar
negara yang menggunakan pengangkutan awam di negara ini. Tragedi yang menimpa
dua pesawat Malaysia Airlines System (MAS) MH370 dan MH17 baru – baru ini juga
bukan sahaja telah memburukkan imej MAS tetapi turut memberi kesan buruk
kepada industri pelancongan di negara serta ekonomi negara dan rakyat. Memang
benar, bagi kedua-dua kejadian, pihak MAS tidak bersalah. Tragedi itu tiada
kena mengena dengan kegagalan, kelemahan atau ketidakcekapan pihak pengurusan
dan pekerja MAS. Namun ianya tetap memberikan impak kepada kedatangan pelancong
luar ke negara ini.
Antara cabaran lain yang dihadapi termasuklah persaingan sektor pelancongan
dengan negara-negara yang lain. Hal ini kerana bukan negara kita sahaja
malahan negara-negara yang lain juga mengetahui kebaikan dan kepentingan
sektor pelancongan terhadap sesebuah negara. Oleh itu banyak negara mempromosikan
pelancongan di negara mereka dan kita hendaklah bersaing dengan mereka untuk
menjadi destinasi utama pelancong. Oleh itu, kita haruslah membuat persediaan
yang cukup untuk menarik para pelancong ke negara kita.
Di samping itu, pencemaran alam sekitar juga merupakan salah satu
cabaran sektor pelancongan di negara kita pada masa kini. Hal ini disebabkan,
pencemaran alam sekitar kebelakangan ini menjadi semakin buruk akibat sikap
tidak bertanggungjawab segelintir ahli masyarakat yang telah merosakkan kecantikkan
alam sekeliling kita. Negara kita yang terkenal mempunyai alam sekeliling yang
cantik telah menjadi tulang belakang bagi sektor pelancongan di negara kita
selama ini. Jika pencemaran alam sekitar terus menjadi lebih buruk, sektor
pelancongan di negara kita pasti akan terjejas kerana pelancong-pelancong
hendak menikmati persekitaran yang cantik dan bersih bukan yang kotor
serta busuk.
6.0 SOKONGAN
OLEH PIHAK KERAJAAN DAN SWASTA YANG DITAWARKAN
UNTUK PEMBANGUNAN INDUSTRI PELANCONGAN
Usaha promosi
yang berkesan oleh pihak kerajaan dan swasta menunjukkan sokongan yang tidak
berbelah bahagi dalam memastikan industri pelancongan di Malaysia terus
mendapat sambutan. Antara langkah yang telah diambil ialah mengadakan
kempen-kempen dan promosi pelancongan. Pelbagai usaha telah diadakan antaranya
ialah seperti Tahun Melawat Malaysia. Tahun Melawat Malaysia ialah kempen
untuk menggalakkan pelancong datang ke negara kita dengan lebih besar
bilangannya. Kempen yang diadakan sepanjang tahun ini menyediakan pelbagai acara
untuk menarik minat pelancong datang ke negara ini.Kementerian Pelancongan turut mengadakan kempen ini di
dalam dan di luar negara. Pusat-pusat penerangan pelancongan serta
rombongan-rombongan kebudayaan dan kesenian ke luar negara juga turut ditambah
bagi menggalakkan lagi industri pelancongan Malaysia. Ini bertujuan mendedahkan
keindahan alam semula jadi dan keunikan hidup masyarakat berbilang kaum di
negara ini kepada masyarakat luar. Pelancong dalam negara juga turut ditarik
dengan mengadakan kempen-kempen pelancongan menerusi media ataupun
risalah. Misalnya, pelbagai acara kebudayaan pelbagai kaum
dipersembahkan untuk para pelancong. Penyertaan pelbagai pihak digalakkan untuk
memeriahkan sambutan Tahun Melawat Malaysia ini lagi.
Pihak kerajaan
juga telah memperuntukan dana bagi memastikan progam – program dapat berjalan
dengan lancar seperti yang telah dirancang. Antara program yang telah dirancang
adalah seperti Festival Layang – Layang Dunia, Pesta Air, Floria Putrajaya dan
sebagainya. Usaha pemasaran dan promosi diperkemaskan agar nama Malaysia
sentiasa menjadi destinasi percutian pilihan utama. Kerajaan juga telah menggerakkan semua agensinya untuk memastikan
sektor pelancongan berkembang pesat sejajar dengan pembangunan negara yang
pantas.
Seterusnya, penganjuran pelbagai acara antarabangsa seperti penganjuran
Monsoon Cup, perlumbaan Formula 1, kejohanan badminton, dan seumpamanya
merupakan acara yang sangat mendapat perhatian peminat antarabangsa. Dalam
bidang seni pula, negara kita menjadi tuan rumah kepada beberapa acara
antarabangsa, contohnya Festival Muzik Dunia yang diadakan di Sarawak pada
setiap tahun. Kemampuan negara untuk menganjurkan acara antarabangsa memang
sudah terbukti kejayaannya. Acara antarabangsa ini hendaklah diadakan dengan
lebih kerap dan dijadikan sebagai acara tahunan. Dengan cara ini, lebih ramai
pelancong akan mengunjungi negara ini bukan sahaja untuk melibatkan diri dalam
acara-acara yang dianjurkan, malahan untuk melawat ke tempat-tempat menarik di
negara kita. Ianya secara tidak lansung dapat meningkatkan promosi pelancongan
di Malaysia.
Selain itu,
kerajaan juga boleh mengurangkan cukai belian barangan. Hal ini perlu bagi
membolehkan pelancong asing dapat membeli belah di Malaysia dengan pembelajaan
yang sederhana. Sebagai contoh, Pulau Langkawi merupakan pulau bebas cukai yang
menjadi destinasi pelbagai peancong dari dalam mahupun luar negara. Di sana,
mereka dapat membeli cenderahati, pinggan mangkuk, kraftangan, dan coklat untuk
di bawa pulang. Dengan itu, pendapatan penduduk setempat juga akan bertambah
dapat meningkatkan lagi taraf hidup masing-masing.
7.0 LANGKAH-LANGKAH UNTUK
MENDORONG DAN MEMBANGUNKAN INDUSTRI PERLANCONGAN
7.1 Lembaga Penggalakan
Pelancongan Malaysia (LPPM)
Melalui kerajaan, Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia
(LPPM) wajar menyediakan maklumat lengkap tentang sesuatu destinasi
menarik yang terdapat di negara ini, khususnya di tempat-tempat baharu yang
dikenal pasti boleh menjadi daya tarikan yang menguntungkan. Hal ini dapat dilakukan
sama ada menerusi media cetak seperti risalah, buku, poster, majalah, dan
akhbar atau media elektronik seperti radio dan televisyen. Selain itu, dengan
kewujudan halaman pelancongan dalam internet juga merupakan cara terbaik untuk
memperkenalkan Malaysia sebagai sebuah negara yang wajar dikunjungi oleh
pelancong asing. Usaha LPPM mempromosi Malaysia dengan mengiklankan negara kita
pada dinding 60 buah bas di kota London pada suatu ketika dahulu menandakan
usaha serius pihak terbabit dalam menarik lebih banyak pelancong datang ke
negara ini. Jika maklumat yang lengkap sampai ke pengetahuan pelancong, mereka
tentunya akan datang melawat negara kita pada suatu hari kelak. Pendek kata,
komitmen kerajaan dengan badan-badan tertentu dalam menyebarkan keunikan negara
kita ke peringkat global turut merancakkan perkembangan industri ini.
7.2 Jaminan
Keselamatan
Langkah-langkah
keselamatan juga perlu diambil bagi menjamin kepuasan dan kesejahteraan
pelancong semasa berada di negara kita. Kita tidak seharusnya lupa dengan
segelintir masyarakat yang mengambil kesempatan ke atas pelancong. Oleh itu,
Unit Keselamatan Pelancong yang ditubuhkan oleh kerajaan sudah tentu dapat
membantu pihak polis menangani jenayah ke atas pelancong. Kejadian-kejadian
rogol, mencabul kehormatan, menghendap, peras ugut, rompak dan tipu harus
ditangani secepat mungkin. Ini perlu dilakukan agar pelancong asing terus
berkunjung ke negara ini disamping memelihara imej negara. Selain badan-badan kerajaan, pihak swasta juga harus memikul tanggungjawab
untuk mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang kompetitif.
Hotel-hotel, syarikat penerbangan, dan syarikat pengangkutan awam mestilah
melibatkan diri untuk menjayakan kempen ini.
7.3 Langkah
– Langkah Membangunkan INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA (IKS) Luar Bandar
Terdapat
pelbagai usaha yang dapat dilakukan untuk meningkatkan Industri Kecil Sederhana
berkaitan industri pelancongan di Malaysia. Antara langkah yang
dapat diambil ialah pihak kerajaan bagi memperkenalkan produk IKS Luar Bandar
ialah dengan membantu mempromosikan produk keluaran IKS. Salah satu kepentingan IKS ialah dapat meningkatkan
ekonomi masyarakat terutamanya penduduk di luar bandar. Kita sedia maklum
bahawa industri ini banyak didirikan di kawasan luar bandar selaras dengan
konsep ‘Satu Kampung Satu Produk’. Sebagai contoh kilang membuat
kerepek, kilang membuat sos tomato, kilang kraf tangan dan lain-lain
lagi. Pengusaha kilang dapat menjual hasil keluaran mereka kepada
penduduk-penduduk kampung serta pengunjung-pengunjung yang lain. Banyak produk pelancongan yang wajar diterokai oleh pihak-pihak yang
terbabit. Misalnya, kerajaan menggalakkan masyarakat melibatkan diri dalam
program inap desa dengan lebih banyak. Kita juga wajar memperkenalkan
pelancongan musim buah-buahan seperti musim durian, manggis, langsat, dan
sebagainya yang kebiasaannya diusahakan di luar bandar. Selain itu, produk –
produk kraftangan buatan penduduk setempat juga biasanya menarik minat
pelancong dari luar negara. Di kampung-kampung, ramai yang mengusahakan
kraftangan yang cantik dan berjaya memikat pelancong asing. Di samping itu juga, penyertaan Industri Kecil dan
Sederhana (IKS) terutamanya oleh masyarakat luar bandar seperti pembuatan
kerepek dan kuih mampu menerima tempahan dan pasaran yang menggalakkan
sepanjang tahun. Ini membuktikan bahawa banyak kemudahan yang diberikan oleh
kerajaan kepada IKS mampu membantu penduduk menambah pendapatan isi rumah
mereka. Kuih – kuih tradisional yang banyak diusahakan oleh
pengusaha industri kecil sederhana juga boleh dijual kepada pelancong luar yang
minat dengan citarasa kuih tradisional yang telah terbukti kesedapannya. Ini
sekaligus dapat meningkatkan lagi pendapatan mereka dengan menjual produk hasil
tangan mereka. Justeru itu, produk pelancongan yang diperkenalkan mestilah
dapat menarik hati pelancong-pelancong mancanegara. Biasanya pelancong luar
mahu melihat sesuatu yang tidak ada di negara mereka. Kita juga harus mengambil
peluang untuk memperkenalkan keunikan negara ini dengan mengetengahkan budaya
hidup dan kesenian masyarakat tempatan. Sebagai contoh, pelancong wajar dibawa
untuk tinggal bersama-sama masyarakat luar bandar dan mendalami cara hidup
mereka. Jadi, usaha kerajaan memperkenalkan produk pelancongan baru terutamanya
di luar bandar adalah satu usaha yang baik bagi meningkatkan sektor
berkenaan pelancongan terutamanya di luar bandar.
8.0 PENUTUP
Kesimpulannya,
terdapat pelbagai langkah yang dapat dirancang dan dilaksanakan untuk
meningkatkan sektor pelancongan di negara kita. Semua pihak hendaklah tampil
dan menunjukkan iltizam yang tinggi untuk membantu kerajaan mempromosikan
Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang hebat. Jika tidak, segala keunikan
dan kehebatan budaya pelbagai kaum di negara ini akan sia-sia dan tidak dapat
diketengahkan untuk dinikmati oleh pelancong tempatan dan mancanegara.
Kerjasama dan kesungguhan semua pihak yang terbabit akan menonjolkan Malaysia
sebagai sebuah destinasi pelancongan yang terhebat. Selain itu pihak kerajaan wajar menganjurkan karnival pelancongan di
seluruh pelosok dunia. Karnival pelancongan ialah kaedah yang berkesan untuk
memperkenalkan negara kita sebagai destinasi pelancongan. Dalam karnival ini,
banyak perkara yang dapat diketengahkan. Antaranya ialah tempat-tempat menarik
di negara ini, makanan yang pelbagai, dan juga kebudayaan masyarakat pelbagai
kaum. Selain itu karnival ini juga wajar menyediakan pakej-pakej pelancongan
yang kompetitif kepada masyarakat antarabangsa. Karnival seperti ini hendaklah
diadakan di seluruh dunia. Tumpuan hendaklah diberikan pada rantau yang jauh
seperti di Amerika Selatan dan juga Afrika. Sebagai contoh karnival wajar boleh
diadakan di Negara – Negara eropah untuk menarik minat pengunjung di sana
datang ke Malaysia dan menghebahkan kehebatan negara kita. Oleh yang demikian,
penganjuran karnival pelancongan di luar negara sudah tentu merupakan langkah
yang berkesan dalam mempromosikan negara kita sebagai destinasi pelancongan
yang menarik.
9.0 RUJUKAN
Abdul Hakim Bin Rahmat. (Mac 2002). Kesan Perkembangan Pelancongan
Terhadap Ekonomi Pulau Tioman, Rompin, Pahang. Universiti Teknologi Mara
Kementerian Pelancongan Dan Kebudayaan Malaysia. Laman web rasmi http://www.motour.gov.my
Nur Atiqah Kamarus Zaman, Habibah Ahmad, Nur Amirah Kamarus Zaman, Er Ah
Choy, Hamzah Jusoh, Zaini Sakawi, Amriah Buang. (2014). Tahap
Penglibatan Penduduk Dalam Pembangunan Pelancongan Putrajaya.Universiti
Kebangsaan Malaysia
Riya ilyana zainal. (2007). Meninjau Penglibatan Penduduk Tempatan
Dalam Aktiviti Pelancongan. Universiti Teknologi Malaysia
Utusan Malaysia online. Diakses dari http://ww1.utusan.com.my/utusan
10.0 LAMPIRAN
Gambarjah diatas menunjukkan antara tempat menarik yang terdapat di Malaysia dan dikenali dimata dunia.
No comments:
Post a Comment